Sejarah Gitar besi

Alat gitar (Bahasa Hawaii: kīkā) diperkenalkan ke kepulauan Hawaii pada lewat abad ke-19 oleh para kelasi Eropah dan penggembala lembu berkuda Mexico yang dibawa untuk menjaga ladang-ladang lembu milik kerajaan pulau tersebut.[2][3] Para penduduk Hawaii mengadaptasi gitar ini dengan menala semua tali-tali gitar pada suatu akord major (open tuning)[4] lalu bunyi utama dihasilkan boleh diolah menggunakan suatu batang besi keluli licin.

Alat muzik ini menjadi terkenal di Amerika Syarikat dengan bertambahnya minat warga Amerika Syarikat terhadap budaya dan adat Hawaii selepas ia dilhak masuk sebagai negeri terbaharunya.[5] Pemuzik kelahiran Oahu bernama Joseph Kekuku yang memahirkan diri memainkan alat ini serta memasyhurkan ia dalam jelajahnya serata Amerika Syarikat.[6] Suatu pementasan Broadway bertajuk "Bird of Paradise" tahun 1912 turut menampilkan muzik gubahan sebegini menjadi dikenali serata negara itu dan Eropah.[7][8]